Searching...
Wednesday, 28 March 2012
01:11 0

Tasha Shilla Jawab Kisah Menari Ghairah



KUALA LUMPUR – Selepas heboh tentang kisah ‘panasnya’ yang menari secara ghairah di sebuah kelab hiburan Rootz, Tasha Shilla tampil menjawab dan mempertahankan dirinya dari terus dicemuh.
Tasha yang memberikan maklum balas di laman sosial Facebook miliknya memberikan jawapan padat supaya ‘aktivitinya’ itu tidak di salah anggap.
Memetik kata-kata Tasha dari sebuah blog hiburan, ohvideotv.com , Tasha mengaku sememangnya dia hadir ke kelab tersebut atas ajakan rakan-rakannya.
Bagaimanapun, Tasha menafikan isu aksi dia menari secara ghairah di dalam kelab hiburan itu adalah tidak benar dan sengaja ditokok tambah supaya dirinya disensasikan.
“Salam kepada semua..Tasha ingin membuat penjelasan mengenai isu di Roots.. Tasha akui memang Tasha ade ke sana sempena meraikan birthday Tasha yg diatur oleh rakan2.. Statement yg mengatakan Tasha menari ghairah tanpa sedar adalah statement yang diada-adakan dan ditokok tambah untuk di sensasikan.. Kebenarannya,” tulis Tasha dalam Facebooknya.
Sebelum ini, ‘kegiatan’ Tasha yang menyambut hari lahirnya yang ke 25 di sebuah kelab hiburan menjadi kecoh apabila peminat-peminat mendakwa melihat artis baru yang kian meningkat naik itu menari ‘pole dancing’ secara ghairah.
Pun begitu, Tasha langsung tidak membuka mulut untuk memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut dan hanya membalas melalui Facebooknya.
Buat peminat-peminat pelakon berdahi licin ini, terserah buat anda untuk menilai diri Tasha tetapi janganlah dihukum dirinya tanpa bukti yang kukuh dan sahih.
Bagi diri Tasha pula, mungkin ‘gosip’ seperti ini dapat dijadikan pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati dalam membawa diri kerana dirinya yang sudah pun menjadi ‘milik’ masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...