VANCOUVER – Pengurusan Miss Universe menggugurkan seorang peserta pertandingan itu, Jenna Talackova, semalam.
Tindakan menggugurkan Jenna daripada menyertai pertandingan ratu cantik itu ialah kerana dia dilahirkan sebagai lelaki. Jenna, 23, berjaya menyertai pertandingan Miss Universe Kanada selepas memenangi pertandingan Miss Vancouver.
Ketika sesi peragaan pakaian renang, pihak juri mendapati terdapat kelainan pada susuk tubuh Jenna.
Sebaik mengetahui Jenna dilahirkan sebagai lelaki, mereka sepakat menggugurkannya daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.
Pihak penganjur bagaimanapun membelanya dengan mengatakan Jenna seorang wanita tulen.
Namun, mengikut peraturan pertandingan yang menekankan setiap peserta perlu dilahirkan sebagai perempuan, maka pihak juri sepakat membatalkan penyertaannya.
“Dia mempunyai naluri seorang perempuan dan dia memang wanita asli. Dia tidak menjangka soal jantina akan menjadi persoalan dalam pertandingan ini,” kata Pengarah Kebangsaan Miss Universe Kanada, Denis Davila.
“Jenna berharap kita dapat memberinya peluang untuk dia bersaing dalam pertandingan itu, tetapi mengikut peraturan, dia tidak layak untuk kembali bersaing,” katanya.
Sementara itu, Jenna turut memberi ulasan mengenai pengggugurannya daripada menyertai Miss Universe melalui Youtube. Jenna menceritakan sejarah hidupnya yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mengubah jantinanya kepada perempuan.
Jenna berkata dia merasakan dirinya sebagai perempuan sejak berusia empat tahun. Dia mendapatkan suntikan hormon ketika berusia 14 tahun. Ketika berusia 19 tahun pula, Jenna memutuskan untuk menjalani pembedahan jantina.
0 comments:
Post a Comment