Searching...
Tuesday, 27 March 2012
03:24 0

Sidang kemuncak mengenai keselamatan nuklear bermula


SEOUL 26 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba di Seoul malam tadi akan menyertai Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear buat kali kedua pada sebelah petang.

Bandar Seoul kini dikawal ketat oleh pihak keselamatan selain menjaga keselamatan 53 pemimpin dunia yang menghadiri persidangan itu, ia juga bagi menghalang sebarang tunjuk perasaan.

Pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa demonstrasi tidak dibenar sepanjang persidangan itu berjalan.

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyebabkan kawalan semakin ketat sehingga pada delegasi sendiri sukar untuk bergerak bebas.

Sidang kemuncak itu adalah inisiatif Obama yang mengadakannya buat pertama kali di Washington pada 2010 yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin bersama pemimpin dunia lain akan dirai dalam sambutan rasmi oleh Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak di venue mesyuarat di Pusat Konvensyen dan Pameran (COEX) di sini. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...