Searching...
Saturday, 31 March 2012
15:56 0

Malaysia Tigers tewas




ADA petanda kuat final kejohanan badminton Piala Axiata edisi pertama bakal menyaksikan dua pasukan dari Indonesia.

Mana tidaknya, semalam Malaysia Tigers tewas 1-2 kepada Indonesia Garuda pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Britama Arena Sports Mall, Jakarta.

Pada aksi semalam, barisan pemain Malaysia Tigers yang dipertaruhkan juga mengalami perubahan apabila gandingan beregu utama negara, Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong digantikan dengan beregu kedua, Lim Kim Wah-Goh V Shem.

Pemain perseorangan negara, Liew Daren tewas 19-21, 9-21 di tangan Taufik Hidayat pada perlawanan pertama, diikuti kekalahan Kim Wah-V Shem kepada Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dengan keputusan 17-21, 17-21.

Namun bagi pertembungan ketiga, bekas juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim (gambar) menghadiahkan mata tunggal buat Malaysia Tigers apabila menang ke atas Sony Dwi Kuncoro dengan straight set 21-13, 21-19.

Ketiadaan pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei jelas sekali telah menghampakan hasrat peminat sukan badminton tanah air untuk melihat skuad Malaysia menewaskan pasukan negara jiran itu.

Namun, bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, beliau mengang- gap perkara tersebut bukan satu masa- lah besar kepada skuad negara.

Jelasnya, keputusan yang diperoleh itu harus dilihat dari sudut berbeza dan lebih positif.

“Saya akui, ketiadaan Chong Wei merupakan satu kehilangan yang besar pada Piala Axiata tetapi kita juga perlu memberikan pendedahan kepada Daren untuk menimba ilmu dan pengalaman.

“Malah, ia juga merupakan satu persediaan kepada skuad negara untuk melahirkan beberapa pemain yang boleh menggantikan Chong Wei atau Hafiz.

“Kalau suatu hari nanti kedua-dua pemain ini (Chong Wei dan Hafiz) tiada, pasti akan menjadi lebih sukar kerana sebelum ini kita terlalu mengharapkan mereka,” kata Seu Bock ketika dihubu- ngi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai barisan pemain yang akan menghadapi perlawanan timbal balik di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur malam esok, Seu Bock memberitahu, skuad negara masih belum membuat keputusan.

“Kita akan tunggu mereka pulang dulu untuk berbincang dan saya juga berharap Chong Wei boleh beraksi kali ini.

“Mungkin dia (Chong Wei) boleh menyumbangkan mata buat negara kerana penyertaannya Ahad ini (esok) akan membuka peluang lebih besar kepada skuad negara,” jelas Seu Bock.

Petang ini, Malaysia Leopard akan turun menentang Indonesia Rajawali pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Badminton Cheras sebelum beraksi pada perlawanan timbal balik di Jakarta esok.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...