Searching...
Monday 23 June 2014
07:13 0

TIPS Persiapan Ramadhan untuk ibu menyusu





Assalamualaikum wbt.sihat ke? 

memang teruja sket nak menghadapi ramadhan tahun ni sebab tahun ni saya akan berpuasa dan menyusukan ammar arif.Alhamdulillah diberi peluang utk merasa menjadi seorang ibu dan menyusukan si kecik tu. Moga dapat kekuatan hingga Ammar 2 tahun nnt lah mudah-mudahannya.


So menjelang RAMADHAN ni, apa persiapan yg boleh kita buat ye??


1. Banyak minum air





Minum air yg mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yg menyebabkan susu ibu kurang pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari. 


2. Bersahur




Perlu bersahur setiap hari. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yg dimakan.



3. Makan kurma



Sahur dan terus berbuka dengan kurma untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan sepanjang hari. Atau minum shake kurma yg dicampur susu soya. Lebih elok tambah oats bagi mendapatkan rasa kenyang yg lama, selain oats juga membantu menambah susu badan.


4. Banyakkan buah & sayur 




Tapi bagi ibu yg masih pantang tak elok makan sayur dan buah yg 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air soya --sayur yg berdaun hijau mcm sawi pon boleh banyakkan susu...


5. Minum coklat








susu coklat.sedap pulak hai tgknye..

Ibu yang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yg banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu kurang. Akibatnya bayi mudah lapar dan ingin menyusu lebih kerap. Pastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi - makan keju, mentega, atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur. Alternatif boleh ambil pil kalsium a.k.a Ostematrix


6. Makan madu 




Amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.--bancuh dalam air pon boleh...letak sesudu bersama air suam...ehmmm...sedapp



7. Kurangkan minuman bikarbonat 

kurangkan (atau jangan minum langsung) minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan minuman berkafein seperti kopi.--minuman berkafein boleh mengurangkan penyerapan nutrisi...kalo tak boleh tinggalkan juga..kurangkan jumlah nya...atau buat nipis2..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...