Searching...
Monday 23 June 2014
07:15 0

PERBINCANGAN Masalah Fuel Pump / Pam Bahan Api Proton Waja Dan Gen2


Bagi pemilik baru kereta Waja dan Gen2 may be agak terkejut sikit tentang masalah yg akan aku ceritakan ni iaitu fuel pump. Sesiapa yg pernah terkena, takziah aku ucapkan termasuk diri aku sendiri.hahaha padan muka aku. ( Gen2 aku telah selamat dijadikan barang perhiasan buat masa ni, InsyaAllah dalam waktu terdekat ni akan ku ubah menjadi Gen3 ).

FYI bagi pemilik baru ni, korang jangan bimbang la, fuel pump ni bukannya selalu rosak pun, cuma akan berlaku kerosakkan bila sampai ajalnya nanti. Kita imbas kembali sejarah kereta ni, pada peringkat awal pengeluarannya, harga bagi fuel pump baru memang macam haremm. Mahal nak mampos. Aku dah tak berapa ingat la bila kali pertama aku beli fuel pump. Yg aku ingat fuel pump waja milik bos aku, masa aku kerja makan gaji dulu. Sekarang ni dah murah dah. Kali terakhir aku beli fuel pump ni untuk kereta perhiasan aku tu la, Harganya lebih kurang RM100++.

Cara nak menukarkan sebenarnya senang sangat bagi aku, tapi bagi yg belum pernah lakukannya, mungkin agak sukar. Kalau nak senang aku ada caranya. Hantar sahaja kepada yang pakar, Korang beli sendiri, then upah mana-mana mekanik. Ala korang bayar la upah makanik tu dalam RM 20 - RM30, tapi jangan lebih RM50. Ha macamana pulak tu?hehehe..

Ok, lokasi fuel pump ni sebenarnya diletakkan di dalam fuel tank atau tangki bahan api. kalau nak tukar kena buka tangki ker? Jawapannya tidak. Korang selak je seat belakang, mesti jumpa punya. Bahagian yg paling kuat bau petrol tu, itulah lokasinya. Korang tengok sendiri la gambar yang aku bagi tu.










Berkenaan dengan punca kerosakkan fuel pump ni, ramai yang mengatakan berpunca daripada bahan api yang selalu kurang di dalam tangki. Kalau nak tahan lama, bahan api sentiasa penuh. Adoiii aku tak pasti la nak bersetuju atau tidak dengan info di atas tu. Jom kita perah otak yang dah berkarat tu demi mencari jawapan yang pasti. Baiklah, aku mulakan dulu, AMARAN YANG SANGAT KERAS, ini adalah pendapat peribadi aku.

Bagi aku ianya berpunca dari material tu sendiri. Pengeluar berusaha menghasilkan fuel pump yang cuma ada kualiti tetapi bukan menghasilkan yang berkualiti sepenuhnya. Mereka berbisnes, dan mereka perlu memastikan produk sentiasa dijual dan terjual bagi mengaut profit seperti yang dirancang. Jadi, untuk tempoh yang tertentu, fuel pump akan rosak dengan sendirinya. Maka penjualan fuel pump ini akan berterusan.

Pendapat korang macamana??




 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...