Searching...
Saturday 28 June 2014
00:19 0

BERITA DR MAHATHIR : ORANG MELAYU SANGGUP BUNUH KERANA SYURGA ALLAH





Susulan dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas orang Melayu yang didakwanya sanggup membunuh diri dan umat Islam lain kerana perbezaan politik atau ideologi demi menuju syurga.

Dalam tulisan blognya hari ini, tokoh politik itu berkata umat Islam belum mendengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berhubung perbuatan seumpama itu.

"Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom di badan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yg tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka," katanya.


Beliau juga cuba mencari seruan dalam Al-Quran yg menyeru membunuh diri atau orang Islam lain tetapi beliau tidak menjumpai firman Allah yg menyuruh meningkatkan permusuhan dengan memihak mana-mana pihak.

"Al-Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yg menerima kedamaian.

"Sesungguhnya Allah berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yg mencetuskan huru-hara," katanya.

Beliau belum pernah menjumpai seruan supaya bermusuh sesama Islam, syahid dengan membunuh diri atau membunuh orang Islam lain melalui sabda Nabi Muhammad SAW.

"Mungkin ada hadis yg menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa... Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yg menanti mereka sebagai pejuang Islam ini," katanya. Sumber Google




 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...