Searching...
Saturday 28 June 2014
00:22 0

ARTIS Daphne Iking Teruja Anak Pertamanya Meminati Agama Islam





Pelakon dan Pengacara Popular Daphne Iking teruja melihat anak hasil perkahwinannya yang pertama Ryan, Isobel Daniella begitu cenderung untuk mempelajari agama islam walaupun usianya baru 6 tahun.

“Ramai yang bertanya, adakah anak pertamanya itu sudah memeluk islam atau belum? Namun disebabkan usianya masih kecil saya hanya berserah pada takdir agama apa yg anaknya mahu anuti di masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, Isobel dibesarkan di dalam rumah dengan cara hidup Islam apabila pulang ke kampung di Sabah neneknya akan bawanya ke kelas bible.

“Di rumah, saya mempunyai pembantu rumah yg pandai berbahasa arab dan sering mengajar mengaji Al Quran kepada Isobel dan dia juga pandai menulis jawi dan tulisannya amat cantik, “ ujarnya dengan rasa syukur.

Daphne tidak memaksa untuk mendidik Isobel mengenai agama yg perlu dianuti akan datang dan dia rasakan segala tunjuk ajar yg dia tunjukkan menarik minat Isobel.

“Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau di rumah, bila saya nak solat Isyak, saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.

"Satu lagi yg buat saya tersentuh, baru-baru ini Isobel beria-ria beritahu saya yg dia nak "duk". Mulanya saya tak faham apa yg dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yg dia sudah pandai berwuduk.

"Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solat dan pandai berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya.

Daphne juga seorang lagi cahaya mata Iman Daniella 3, hasil perkahwinannya yg kedua dengan seorang usahawan Azmi Abdul Rahman dan bernikah pada 8 Januari 2011 di Keningau Sabah.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...