Searching...
Saturday 2 June 2012
15:37 0

Nadiya Tidak Mahu Keluarga Tonton Babak Ghairah Dalam Jiwa Taiko

DALAM nada bergurau, Nadiya Nisaa mempamerkan ketidakselesaan ketika diajukan soalan yang bertubi-tubi mengenai adegan kontroversinya dengan Bront Palarae.

“Saya paling bimbang jika orang ramai hanya ingin mengfokuskan adegan tersebut. Kalau boleh saya minta agar masyarakat dapat fokus kepada seni persilatan dan nilai persahabatan yang cuba disampaikan,” ujar Nadiya.

Tidak dinafikan, dia ada mempertikaikan kepentingan babak tersebut kepada Osman Ali. Namun, Nadiya akur dengan tuntutan watak. Dia juga mengaku agak terkejut dengan hasil lakonannya kerana Nadiya tidak terlibat dengan proses suntingan dan cuma melihat adegan-adegan tersebut setelah pasca produksi selesai.

Mengimbas kembali pengalaman untuk melakonkan adegan tersebut, Nadiya jujur mengatakan dia sangat gementar namun bersyukur kerana digandingkan bersama Bront. Ini kerana Nadiya sudah lama mengenali Bront.

“ Kami banyak gelak di lokasi ketika cuba melakonkan adegan tersebut sebab Bront memang suka buat lawak. Saya juga merasa bersyukur sebab adegan itu bergandingan bersama dengan Bront dan bukan dengan pelakon lain yang mungkin membuat saya lebih gementar,”katanya.

Nadiya merasakan yang ini adalah tindakan paling ‘berani’ yang mungkin diambil olehnya sebagai pelakon.

Dia juga akur, dia harus menghormati status sendiri sebagai isteri dan ibu. Lakonan dalam Jiwa Taiko ini adalah eksklusif untuk filem ini sahaja dan Nadiya berkata dia tidak mungkin akan melakonkan adegan sebegini lagi.

Baru saja pulang dari tanah suci Mekah untuk penggambaran drama Adam dan Hawa, Nadiya menegaskan walaupun adegan kontroversi dalam filem Jiwa Taiko itu mungkin menyentuh sensitiviti masyarakat, namun itu adalah realiti masa kini. - GUA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...