Searching...
Saturday 2 June 2012
08:29 0

Seniman cadang penetapan gaji minimum untuk penggiat seni



KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengemukakan usul kepada kerajaan agar pelaksanaan gaji minimum dapat diperkenalkan kepada penggiat seni di negara ini.

Presiden Seniman, Rozaidi Jami, yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata, persatuan itu bercadang mewujudkan satu sistem mengikut gred supaya penetapan gaji berkenaan dapat dilakukan mengikut standard tertentu dan tidak berat sebelah.

Katanya, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan persatuan yang lain untuk melihat mekanisme atau formula yang sesuai dalam menentukan gred berkenaan.

"Mereka akan dinilai dari pelbagai sudut termasuk pendidikan akademik, pengalaman serta kelayakan tertentu, dan ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah pembayaran gaji kepada artis muda yang dikatakan lebih tinggi berbanding artis veteran," katanya ketika ditemubual dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...