Searching...
Wednesday 18 April 2012
23:39 0

Kemalangan Maut: Suami Lihat Isteri Digilis Lori



KUALA LUMPUR – Hanya Allah SWT sahaja mengetahui kesedihan yang terpaksa dilalui seorang lelaki apabila melihat sendiri isterinya digilis sebuah lori dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat jejambat Desa Petaling di sini pagi ini.

Lebih menyayat hati, kemalangan pada pukul 7.54 pagi itu berlaku ketika lelaki terbabit menunggang motosikal itu bersama isterinya ke tempat kerja di ibu negara.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, ketika kemalangan, motosikal itu ditunggang oleh Mohd. Ridzwan Misran, 30, manakala isterinya, Norhana Nuruddin, 30, membonceng.

“Semasa melalui tempat kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang Mohd. Ridzwan telah terlanggar belakang sebuah skuter sehingga menyebabkan dia dan isterinya terjatuh di atas lebuh raya.

“Ketika itu, sebuah kenderaan yang dipercayai lori tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala mangsa. Norhana maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pasangan tersebut tinggal di Pangsapuri Kajang Impian, Kajang.

Katanya, polis juga sedang mengesan lori yang dipercayai menggilis Norhana untuk siasatan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...