Searching...
Thursday 21 June 2012
19:00 1

Linda Onn Akui Diri Sudah Tidak 'Laku'?

SELEPAS melalui episod percintaan yang agak pahit bersama pelakon kacak, Fahrin Ahmad, personaliti radio ini nampaknya semakin menyepikan diri daripada sebarang publisiti. Hanya sesekali kelibat Linda Onn dilihat di beberapa acara hiburan. Pasti ramai yang ingin tahu perkembangan terbaru personaliti ini bukan?

Menurut Linda yang ditemui selepas rakaman sebuah program Raya, rutin hariannya berjalan seperti biasa. Selain sibuk bersiaran di konti radio Suria FM, dia banyak meluangkan masa dengan keluarga. Selain itu, dia juga menghabiskan masa dengan melakukan hobinya ; menunggang motosikal berkuasa besar. Bahkan, Linda juga sedang berjinak-jinak dengan sukan badminton.

Bagaimana pula dengan tugasan mengacara? Adakah tidak ‘sekencang dahulu’? Tanpa berselindung, Linda mengakui yang dia kini kurang menerima tawaran mengacara. Tetapi dia percaya kekurangan tawaran itu bukanlah kerana kemunculan muka-muka baru, tetapi kerana ramai yang berpendapat dia sibuk dengan urusan lain.

“Tidak dinafikan sekarang ini banyak muka-muka baru dalam bidang pengacaraan. Tetapi saya yakin masih mampu untuk menjalankan tugas ini. Saya pun tidak kisah sangat pasal persaingan ini, kerana ia adalah perkara biasa. Sudah hampir 15 tahun saya berada di dalam bidang ini. Kalau ada yang berpendapat kekurangan tawaran itu disebabkan bayaran yang tinggi, rasanya tidak tepat. Saya masih mendapat bayaran yang sama seperti dahulu.

Bahkan, saya tidak kisah dibayar sedikit asalkan tugasan itu boleh memuaskan hati . Mengacara adalah minat saya. Daripada maklum balas yang saya terima, ramai yang memberitahu mereka tidak menjemput saya kerana menganggap saya terlalu sibuk. Percayalah, kalau ada tawaran, saya akan cuba cari masa untuk melakukannya,” ulas Linda.

Dalam masa yang sama, pemilik rangkaian restoran My Mom Chicken Rice ini memberitahu yang dia sebenarnya memasang impian untuk mengendalikan sebuah program bual bicara yang boleh memberi impak besar kepada penonton. Namun, tidak ada produksi yang mahu menerbitkan program seumpana itu buat masa ini.

“Saya pernah suarakan hasrat ini kepada beberapa pihak. Tetapi mereka minta saya buat kertas kerja. Untuk buat kertas kerja ini bukannya mudah kerana saya memang tidak begitu pandai dalam hal itu. Lagipun saya juga sibuk dengan urusan lain. Saya mahukan sebuah program bual bicara yang santai seperti Late Show with David Letterman atau The Ellen DeGeneres Show . Biarpun santai, tetapi berinformasi serta membawa manfaat kepada penonton. Kalau boleh biarlah program itu menjadi bualan hangat,” ujar Linda mengakhiri perbualan. - GUA

1 comments:

  1. tak pea ada ada bisnes sendiri..
    tapi apa2 mesti kena kahwin ok linda onn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...