Searching...
Sunday, 25 March 2012
16:00 0

Tips download driver laptop dan PC dengan mudah


Kali ini beberapa tips untuk download driver laptop dan pc dengan mudah. Lepas ini tak perlu pening kepala atau susah hati kalau CD driver hilang atau beli laptop tapi tak dapat CD driver.

Tips download driver laptop dan PC dengan mudah

1. Download driver daripada laman web rasmi

Download driver daripada laman web rasmi pengeluar laptop tersebut adalah cara paling mudah dan selamat. Kami menyediakan pautan di bawah bagi memudahkan anda memuat turun driver dengan mudah.

2. Download driver menggunakan perisian Download Driver.


SlimDrivers adalah perisian percuma yang memudahkan anda scan dan download driver yang terkini dalam komputer atau laptop anda. Kalau anda bingung akibat CD driver hilang atau tiada installer driver, perisian ini memudahkan anda mencari driver yang lama, driver yang tidak dikemaskini, dan juga driver yang “missing”.

Cara guna sangat mudah, download dan install, kemudian scan dan buat akaun percuma dan terus download mana-mana driver yang tiada atau versi lama.

Download SlimDrivers

3. Driver Graphics

Jika anda menggunakan driver ATI/AMD Radeon contohnya HD 5750, HD 6470 dan sebagainya boleh cuba tool berikutyang memudahkan driver graphic terkini didownload :

AMD Driver Downloader – kemaskini driver graphic ATI/AMD dengan mudah

Jika anda menggunakan driver Nvidia pula, boleh scan secara automatik di laman web Nvidia :

Nvidia Driver Scan – scan driver Graphic Nvidia secara automatik

Pengguna laptop dengan graphic chip Nvidia juga boleh lawat website Laptopvideo2go  untuk mendapat berita update terkini driver.

4. Download Driver menggunakan Windows Update


Anda juga boleh mendapatkan kemaskini terbaru driver komputer dan laptop melalui Windows Update walaupun bukan semua driver boleh dijumpai pada Windows Update ini.

Kalau baru format komputer atau beli komputer baru saya cadangkan selalu buat Windows Update sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...