Searching...
Thursday 21 June 2012
19:01 0

Bront Tolak Cinta Maya Karin

JIKA dalam filem ‘Ombak Rindu’, pelakon Bront Palarae menaruh perasaan cinta terhadap Izzah, lakonan Maya Karin, namun dalam filem terbaru arahan Osman Ali, ‘Jwanita’, pelakon filem ‘Jiwa Taiko’ ini dapat merasai pula perasaan cinta dari pelakon cantik itu.

“Saya tak sabar untuk bergandingan dengan Maya sekali lagi. Jika dulu dia menolak cinta saya, kali ini saya nak dia rasa bagaimana rasanya bila cinta ditolak,” seloroh Bront ketika ditemui di majlis pelancaran ‘Jwanita’, baru-baru ini.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Farhan, seorang doktor psikiatri, Bront memberitahu, “Sejujurnya, saya terkejut, tak sangka dan pada masa yang sama hairan apabila diberi watak sebagai Farhan. Ini kerana ia merupakan kali pertama saya menjadi orang biasa dalam filem.

“Buat masa ini saya masih dalam proses mencari-cari watak saya namun pada masa yang sama, saya teruja dan tak sabar untuk menterjemahkan watak ini. Cabaran saya ialah apabila pengarah mahu saya kelihatan hensem, kemas dan segak dalam filem ini.

“Umum tahu saya banyak berlakon watak antagonis serta menjadi seorang yang selekeh, jadi saya risau saya tak dapat memenuhi kehendak semua. Bagi saya, watak biasa lagi susah untuk dibawa dan saya agak berdebar untuk berlakon dalam filem ini.”

Selain Bront, ‘Jwanita’ turut dibarisi oleh Maya Karin, Cristine Suzanne, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd ini bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...