Searching...
Thursday 21 June 2012
18:12 0

'Bergelar Ibu Satu Rahmat' - Aishwarya Rai Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

PELAKON Bollywood terkenal, Aishwarya Rai Bachchan mengakui, bergelar ibu kepada Aaradhya, sejak bulan November yang lepas ibarat satu rahmat yang indah buatnya.

Malah, dek kerana tidak sampai hati berjauhan dengan anaknya itu, Aishwarya yang mesra disapa Aish mendedahkan belum bersedia untuk kembali ke dunia seni.

"Saya seronok menjadi ibu. Melihat dia di depan mata, merupakan suatu kebahagiaan buat saya," ujarnya yang hadir di majlis ulang tahun Ahli Parlimen Britain berketurunan India, Keith Vaz, yang ke-25, di Hotel Radisson Edwardian Heathrow, London.

Bagaimanapun, suami bekas ratu cantik dunia itu, Abhishek Bachchan yang turut sama hadir ke majlis itu akui tidak sempat untuk membantu isterinya dalam menguruskan keperluan anak perempuan mereka.

“Saya rasa bersalah. Saya jarang meluangkan masa menukar lampin anak.

Aish paling banyak meluangkan masa bersama Aaradhya dan dia tidak pernah merungut sekiranya lebih banyak berkorban untuk anak kami,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...