Searching...
Saturday 16 June 2012
06:07 0

Irma Hasmie Langsungkan Perkahwinan 29 Jun 2012, Sedang Tunai Umrah


Kami suka dengar kisah percintaan Irma Hasmie ini, nampak teratur dan penuh keberkatan. Dan, beliau bakal berkahwin dengan pasangan pilihan pada 29 Jun 2012.

Kad jemputan perkahwinan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer telah pun di’edarkan. Pasangan ini bertunang pada 29 Mac 2012 lalu.

Majlis pernikahan Irma Hasmie akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi berlangsung di MAEPS, Serdang hari sama jam 8.00 malam.

Irma Hasmie yang di’hubungi berkata beliau kini sedang mengerjakan umrah, kini dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah & di’jangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini.

Pelakon & pengacara ini berkata aktiviti seni’nya ketika ini di’berhentikan seketika untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...