Searching...
Tuesday 8 May 2012
13:05 0

Tasha Shila Usung Trofi ABPBH Hingga Ke Pasaraya Pamer Pada Rakan

SUBANG JAYA, 8 MEI 2012: Minggu lalu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan gosip mendakwa pelakon, Tasha Shila telah mengusung trofi Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang dimenanginya ke sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Khabarnya Tasha Shila kelihatan begitu bangga mengusung dan menayangkan trofi tersebut kepada sekumpulan rakannya di pusat beli-belah terkenal di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun Tasha Shila yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang ABPBH 2011 di Hotel Holiday Villa Subang, petang semalam akui ada berbuat demikian tetapi hanya kepada seorang rakannya sahaja.

"Terus-terang saya akui ada ke Pavilion ketika keesokkan hari selepas ABPBH iaitu sebaik sahaja saya turun dari Genting Highlands.

"Memang tujuan saya ke sana untuk berjumpa dan mempamerkan sendiri trofi saya kepada kawan baik saya bernama Reza yang juga rakan di tempat kerja lama saya, Prada.

"Dia sendiri mahu melihat trofi kemenangan saya dan saya dengan teruja pergi untuk menunjukan trofi itu sekaligus berkongsi kegembiraan dengannya.

"Tetapi saya tidaklah mengusung trofi itu kerana ia hanya berada di dalan beg sahaja dan saya keluarkan bila berjumpa dengannya. Itu saja,"jelasnya.

Pelakon Bunga April itu telah nenewaskan saingan terdekatnya dalam kategori artis Baru Wanita Popular iaitu Neelofa dengan menerima wang tunai sebanyak RM3,000 dan rantai mutiara tajaan Rafflesia bernilai RM10 000 serta barang tajaan Avon selain sebuah trofi.

Tindakan Tasha yang didakwa suka mengusung trofi itu bagaimanapun telah membuatkan segelintir pihak menggelarkanya sebagai artis berangan.

Tasha yang nyata tidak setuju dengan gelaran itu terus menepis dan berpendapat tindakannya normal bagi artis baru sepertinya.

"Sudah tentu saya amat teruja sebagai artis yang baru setahun lebih berada dalam industri, tetapi sudah merasai anugerah kemenangan dalam industri ini.

"Namun terpulanglah kepada orang nak cakap atau mahu nilai apa kerana dalam dunia ini ada orang suka kita dan ada yang tidak," luahnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Tasha yang baru sahaja tamat penggambaran drama Adi dan Mein untuk siaran TV2 bakal menjalani penggambaran telemovie Saleha untuk siaran TV3. - murai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...