Searching...
Wednesday 2 July 2014
08:30 0

ARTIS ! Model cantik Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam 5 Ramadhan ini


Alhamdullillah dan sangat terkejut sebenarnya apabila dapat tahu berita yg Felixia Yeap akan memeluk islam pada 5 ramadhan ini. Felixia memilih hari tersebut kerana hari tersebut ialah hari lahirnya dan juga hari kegemaran Nabi. Berikut merupakan antara kata-kata Felixia :

"Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya. Bezanya (sebelum selepas bertudung) adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam."

Tempat Lokasi di mana Felixia akan mengucap 2 kalimah syahadah dirahsiakan olehnya . Dan Felixia juga pernah bermimpi nama barunya dalam islam lalu beliau tersedar dari tidur dan mengingati nama itu, dan beliau berkata :

"Saya menyangka pada mulanya nama tersebut tidak membawa apa-apa maksud, namun setelah memeriksa nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yg indah dan baik".

Tambahnya lagi, "saya mahu menjadi seorang muslimah yg baik selepas memeluk islam dan mahu masyarakat mengambil ikhtibar kehidupan lama saya".

 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...