Searching...
Wednesday 2 May 2012
01:46 0

Spurs laung amaran mahu hambat Arsenal



JARINGAN Rafael van der Vaart (kanan) antara yang membantu Spurs menewaskan Blackburn 2-0 kelmarin sekaligus merapatkan jurang kepada satu mata sahaja di belakang Arsenal.


LONDON - Pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp melaungkan amaran kepada musuh ketat, Arsenal selepas semakin menghampiri kelompok tiga teratas Liga Perdana England.
Redknapp berkata demikian selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Blackburn Rovers menerusi jaringan Van der Vaart dan Kyle Walker, kelmarin.
Dengan kemenangan tersebut, Spurs berjaya merapatkan jurang satu mata di belakang skuad kendalian Arsene Wenger sekiranya mereka berjaya menewaskan Bolton Wanderers pada Rabu ini.
Redknapp berkata: "Kami akan hambat Arsenal dan meneruskan persembahan terbaik kami. Kamu tidak akan mampu untuk menjangka apa yang akan berlaku nanti.
"Siapa yang menyangkakan Wigan Athletic berjaya mengikat Arsenal (1-1) di Emirates.
"Kini kamu harus menumpukan perhatian dan memastikan mencatatkan kemenangan menjelang tiga perlawanan akhir liga."
Terdahulu, Spurs berjaya menghuni tangga keempat liga sejak 21 November lalu sebelum mereka tumpas 0-1 kepada Queen Park Rangers.
Redknapp menambah: "Saya sentiasa percaya yang mana kami memiliki peluang untuk mengubah keputusan itu.
"Berbaki tiga perlawanan, kami memiliki perlawanan yang sukar ketika menentang Blackburn sebelum bertemu dengan Aston Villa pada Ahad ini." - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...