Searching...
Wednesday 2 May 2012
01:48 0

Real di ambang kejuaraan liga



MADRID - Real Madrid akan berkunjung ke Athletic Bilbao pagi esok dengan misi untuk memenangi pertemuan tersebut sekali gus menjuarai gelaran Liga Sepanyol buat kali pertama dalam masa empat tahun dan menamatkan dominasi Barcelona.
Dengan baki tiga lagi perlawanan, Real kini mendahului dengan tujuh mata ke atas kelab Catalan itu dan hanya memerlukan satu kemenangan saja lagi bagi menebus kegagalan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara minggu lepas.
Bagi jurulatih Real, Jose Mourinho, ini bakal menjadi kelab keempat yang dibimbingnya memenangi kejuaraan liga.
Dia ketika ini menyamai pencapaian tiga gelaran yang dicatat Louis van Gaal termasuk dua gelaran liga bersama Barcelona.
Ia juga menjadi kejuaraan ketujuh dalam tempoh 10 musim bagi jurulatih dari Portugal itu yang memenangi dua trofi bersama kelab negaranya, Porto sebelum menjuarai dua lagi gelaran bersama Chelsea dan Inter Milan.
"Memang bagus jika dapat menjadi juara liga di San Mames (Stadium Bilbao)," kata pembantu Mourinho di Real, Aitor Karanka.
"Untuk memenangi gelaran Liga Sepanyol adalah sangat penting kerana ia memerlukan usaha yang besar untuk mencapainya.
"Dan meskipun ia adalah objektif penting bagi kami, namun ia tidak akan mampu menebus kegagalan kami dalam kempen Liga Juara-Juara," katanya.
Sementara itu, musuh ketat mereka, Barcelona pula akan melayan kunjungan pasukan tangga keempat, Malaga dua jam sebelum itu dan seandainya kalah, skuad kendalian Pep Guardiola itu akan menghadiahkan gelaran tersebut lebih awal sebelum Real memulakan perlawanan. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...