Searching...
Monday 7 May 2012
16:09 1

Shah Rukh Khan Disaman Kerana Merokok

Mahkamah di India mengeluarkan saman kepada aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan atas kesalahan merokok di tempat awam ketika berada di Stadium Sawai Man Singh semasa perlawanan Indian Premier League, 8 April lalu.

Bintang terkenal itu melakukan kesalahan tersebut semasa menonton perlawanan antara Rajasthan Royals dan Kolkata Knights Riders.

“Merokok di hadapan awam sudah lama tidak dibenarkan di Rajasthan sejak tahun 2000 lagi di bawah Akta Halangan Merokok Rajasthan. Bagaimanapun, Shah Rukh Khan didapati merokok di hadapan beribu penonton yang datang pada perlawanan itu,” kata peguam, Nem
Singh Rathore yang memfailkan aduan bagi pihak Pengarah Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh Rathore.

Shahrukh Khan perlu menghadirkan diri ke mahkamah pada 26 Mei ini.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...