Searching...
Monday 26 March 2012
16:01 0

Ogy Ahmad Daud Terima Panggilan Misteri

BARU saja dua minggu konsert mingguan Mentor 6 berlangsung, salah seorang daripada mentornya, Ogy Ahmad Daud dikatakan telah menerima satu panggilan misteri dari seorang individu yang tidak dikenali menggesanya supaya mengundrukan diri dari program tersebut.

Menerusi perbualan tersebut, individu itu turut memberitahu Ogy bahawa Faizal Tahir akan memenangi pertandingan tersebut.

Ogy dalam kenyataannya dalam program Melodi baru-baru ini memberitahu individu yang menghubunginya itu adalah seorang lelaki dan menolak ia adalah perbuatan Faizal Tahir sendiri.
Faizal yang diberitahu oleh Ogy mengenai perkara ini turut berkata, "Saya amat terkejut dengan perkara yang berlaku, Bagi saya, benda ini tak perlu dipandang serius kerana kadang-kadang orang hanya main-main.

Orang selalu cakap Faizal Tahir akan menang tapi saya tak pernah jadi juara apa-apapun sepanjang 6 tahun saya dalam industri saya.
Penerbit Eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa pula memberitahu, "Kami sudah memberi penjelasaan kepada Ogy. Ini adalah panggilan-panggilan yang berniat jahat untuk memburukkan antara satu sama lain dan kami telah menasihati Ogy supaya tidak melayan panggilan-panggilan sebegini.

Kami pun tak tahu apa sebab dan motif panggilan itu dibuat dan apa yang penting setiap Mentor perlu fokus kepada persiapan protege mereka. Bagi saya, ini adalah kata-kata jahat untuk memburukkan imej Mentor pada keseluruhannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...