Searching...
Tuesday 24 April 2012
10:19 0

Fouziah Ghous : Antara Skandal, Bertunang Dan ‘Coverline’

CERITA 1

Kecoh disebuah blog gosip tempatan apabila khabar angin bertiup mengatakan bahawa Fouziah Gous akan bertunang pada bulan Jun ini.

Blog tersebut turut menyatakan bahawa Fouziah akan bernikah pada bulan Januari 2013 namun ini semua dinafikan oleh Fouziah sendiri dalam temubualnya bersama Kosmo!

“ Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu,” katanya.

Sebelum ini, Fouziah pernah dikaitkan dengan seorang VIP dipercayai orang kuat sebuah stesen televisyen.

Namun, Fouziah menafikan juga khabar angin itu dalam laman Twitter-nya.

Khabar angin yang tersebar lagi sekali ini menyebabkan Fouziah merasa kecewa terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh blog gosip tempatan tersebut kerana ianya dikeluarkan tanpa bertanya dirinya terlebih dahulu.

“Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak,” katanya.

CERITA 2

Semalam juga ada sebuah suratkhabar yang telah mengeluarkan satu gosip tanpa menyebut nama tentang kewujudan seorang pelakon lelaki yang menjadi “coverline” kepada seorang pelakon wanita.

Walaupun namanya tidak ditulis, Iqram Dinzly percaya yang tulisan tersebut ditujukan kepadanya dan Fouziah.


Ternyata Iqram Dinzly sangat kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu.

Menerusi Twitternya, Iqram menyatakan yang dia dan Fouziah Gous adalah memang kawan baik dan tidak berkawan hanya untuk ‘coverline’.




Menurut sebuah blog hiburan istilah ‘coverline’ ini wujud kerana kononnya Fouziah Gous sedang bercinta dengan seorang VIP dan menggunakan Iqram Dinzly untuk mengaburi pandangan orang ramai.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...