Searching...
Monday 21 May 2012
22:56 0

MK802 Mini PC Memuatkan Android 4 ICS



Sebuah komputer mini pc berisi Android kini sudah dicipta oleh pengeluar di China, bersaiz 3.5 inci dan memuatkan Android 4 Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasi, namanya adalah MK802 Mini PC. Dalam artikel lalu kami pernah menulis tentang seorang pengguna Samsung Galaxy Nexus menukarkan smartphone itu menjadi sebuah desktop PC lengkap dengan monitor, mouse dan wireless keyboard serta boleh digunakan untuk aktiviti perkomputeran biasa – menonton video, memasang lagu, melihat-lihat gambar, melayari internet, bermain games.

Mini PC Android MK802 kami lihat menyamai ciri sebuah nettop, kini dijual pada harga $74 Dolar Amerika bersamaan RM222 sahaja. Murah kan? Cip pemprosesnya adalah dari jenama Allwinner A10berkepantasan 1Ghz dari jenis cip ARM Cortex-A8, memiliki RAM 512GB jenis DDR3 dengan pilihan untuk upgrade ke 1GB, storan dalaman 4GB, dilengkapi pemproses grafik 3D asas, capaian WiFi, satu palam USB 2.0, satu palam mikro USB 5 pin, palam HDMI. Mini pc ini diprogramkan untuk memaparkan imej di skrin pada resolusi maksima 1080×2160 piksel. Komputer comel ini cuma menggunakan kuasa elektrik 5V sahaja untuk beroperasi, maknanya ia tidak mengeluarkan banyak haba. Hanya central processing unit dijual, jika benar-benar mahu menggunakannya kena beli keyboard, mouse dan adapter untuk sambungan ke monitor VGA. Untuk monitor HDMI, tidak ada masalah kerana palam HDMI sudah tersedia pada sistemnya.

Oleh kerana Mini PC Android MK802 beropasi menggunakan Android 4 ice Cream Sandwich,MK802 boleh di install dengan apa jua aplikasi dari Google Play Market. Satu-satunya cara untuk menginstall aplikasi ke dalamnya hanyalah melalui interne sahaja namun untuk aktiviti perkomputeran biasa seperti menaip, transfer gambar atau memasukkan lagu/video, perlu ada hub palam USB external yang lebih banyak sebab perlu menyambungkan keyboard, mouse, monitor, juga untuk mencucuk pen drive ataupun external hard drive USB.

Setelah meneliti spesifikasinya, mini pc ini lebih sesuai untuk aktiviti online, untuk hiburan ringan dan kerja-kerja menaip asas tanpa Word editor lengkap. Jika Anda mengharap mahu install Microsoft Word ke dalamnya itu memang tidak dapat dilakukan, kena install aplikasi Android sahaja misalnya Documents To Go untuk menaip. Apabila mahu mencetak, pasti agak bermasalah juga sebab tidak semua printer serasi dengan sistem Android. Inilah sebabnya kami mengatakan mini pc ini lebih sesuai digunakan bagi aktiviti online sahaja. Kami tidak mendapat gambar saat ia beroperasi, gambar yang ada di internet hanyalah gambar kerangka mini pc ini sahaja. Kemunculannya benar-benar ‘mengejutkan’.

[ sumber Ali Express melalui Huffington Tech ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...