Searching...
Monday 21 May 2012
22:53 0

Altec Lansing A1 Custom Single Driver Earphone, RM1500


Ini earphone yang betul-betul ‘custom‘ sebab tidak mengikut bentuk earphone popular masa kini dimana kebanyakannya muncul dalam bentuk bulat, ia juga tidak memilki mikrofon atau butang kawalan bunyi pada kabel. Silikon adalah bahan utama digunakan untuk setiap set earphone A1 Custom Single Driver ni, setiap kali dimasukkan ke lubang telinga ia terasa lembut apabila bersentuhan dengan kulit. Terasa selesa. Tidak menyakitkan telinga apabila mendengar muzik melalui earphone ini berjam-jam lamanya terutama ketika baring atau bersandar pada kerusi kereta. Dengan penggunaan silikon sebagai bahan utama, bunyi bising dari luar dapat di halang masuk, menjadikan bunyi yang terdengar bebas dari gangguan dunia luar. Apabila bass dihidupkan, frekuensi kedalaman bunyi akan benar-benar terasa seolah-olah sekumpulan orkestra berdiri dibelakang Anda memainkan muzik mengikut playlist peribadi. Tidak heranlah kenapa earphone A1 Custom Single Driver ni ditawarkan pada harga tinggi bagi sebuah gajet kecil diperbuat dari bahan plastik dan berwayar nipis. Harga jualanya adalah $499 Dolar Amerika bersamaan RM1,500. Sesetengah pembeli akan menutup mata saat menjumpainya lalu mengatakan earphone pasar malam dah kira OK yang penting dapat mendengar bunyi. Namun berbaloi kerana kualitibagus, silikon menjadikannya tahan diguna untuk beberapa tahun akan datang.

[ sumber Altec Lansing ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...