Searching...
Monday 21 May 2012
22:59 0

Dynabook Regza PC D732/T9 AIO Terbaru Toshiba



Dynabook Regza PC D732/T9 adalah desktop pc all in one (AIO) terbaru dilancarkan di Jepun oleh Toshiba, mula dijual ke seluruh dunia pada Jun 2012, ini adalah menjadi model desktop pc AIO pertama dipasang dengan cip terbaru Intel dihasilkan dari kejuruteraan Ivy Bridge. Pasti prestasinya amat mantap dari jenama lain sebelumnya seperti Dell, Hp juga Alienware – sesuai untuk aktiviti permainan komputer, hiburan multimedia penuh, kerja-kerja Microsoft Office mahupun kerja-kerja perkomputeran berat.

Mengenai spesifikasi dalaman, Dynabook Regza PC D732/T9 memilki cip pemproses Intel Core i7 3610QM berkepantasan 2.3GHz, monitor High Deifinition (HD) saiz 23 inci, RAM 2GB, kapasiti simpanan cakera keras 2TB (Terabyte, er.. bukan penyakit tibi), sistem audio SRS Premium Sound 3D, Dual Digital TV Tuner untuk menonton siaran TV hanya dari skrinnya, empat palam USB3.0 yang lebih pantas beroperasi dari USB2.0, capaian WiFi, slot pembaca kad memori SD, juga ada palam satu HDMI untuk sambungan ke monitor lain jika perlu. Pemilik masih boleh menambah kad grafik untuk dimuatkan padanya.

Oleh kerana semua komponen berada pada satu tempat serta dijual serentak sebagai satu set lengkap, pasti hargnya juga agak ‘lengkap’ berbanding desktop pc biasa Anda lihat. Harga Dynabook Regza PC D732/T9 di Malaysia dianggarkan RM8,288.92. Kiraan itu dibuat berdasarkan harga sebenarnya di Jepun iaitu pada 210,000 Yen, dijangka mula di jual di sini mengelang Julai 2012.

[ sumber Toshiba Japan melalui Akihabara News ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...