Searching...
Saturday 12 May 2012
00:15 0

Kontroversi Breastfeeding Hiasi Kulit Majalah Time Edisi Hari Ibu

 MAJALAH ini mulai berada di pasaran sempena Hari Ibu tetapi muka depannya telah menjadi kontroversi pada hari penjualannya. Ini kerana muka depan TIME memaparkan seorang ibu iaitu model Jamie Lynne Grumet dengan anaknya yang tengah breastfeedingnya. Mungkin maksudnya baik tetapi gambarnya agak terlampau sikit. 

Ibu beranak dua ini telah memberitahu Time bahawa beliau telah menyusukan kedua anak lelakinya yang sekarang ini berusia tiga dan lima tahun.

Jamie Lynne Frumet, 26, telah muncul pada kulit majalah Time menyusukan anaknya yang berusia tiga tahun, Aram, sambil berdiri dia atas kerusi kecil dan juga menggapai ke arahnya.

Ibu yang berasal dari Los Angeles ini telah memberitahu kaedah yang sama digunakan kepada anak angkatnya Samuel yang kini berusia lima tahun.

Grumet memberitahu juga bahawa beliau telah disusukan oleh ibunya sendiri sehingga berusia enam tahun. Dan dengan itu beliau dapat mengingat bagaimana perasaan menghisap susu badan.

Beliau berkata: 'Ianya suam. Ianya seperti memeluk ibu anda. Anda rasakan selesa dan selamat, dimanjakan dan disayangi. Saya berasa sangat yakin pada diri sendiri pada ketika kecil, itu yang saya ingat!.'

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...