Searching...
Saturday 12 May 2012
00:44 0

Colgate Anjur Pesta Aiskrim Malaysia



KUALA LUMPUR – Selama bertahun-tahun rakyat Malaysia membesar dengan makanan enak yang aneh, termasuk manisan popular ‘Aiskrim Malaysia’ dengan pelbagai perisa unik tempatan.

Bagi memelihara budaya dan nostalgia orang Malaysia ini, Colgate-Palmolive akan menganjurkan Pesta Aiskrim Malaysia di Pusat Membeli Belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, mulai 16 hingga 20 Mei ini.

Pesta itu terbuka kepada orang ramai dan para pengunjung akan diberikan peluang untuk merasa dan mengundi Aiskrim Malaysia pilihan mereka, daripada lima perisa yang disediakan iaitu Jagung, Sirap Bandung, Oren, Kacang Merah, dan Asam Boi.

John Hazlin, Pengurus Besar Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, berkata kebanyakan rakyat Malaysia membesar dengan memori indah makanan istimewa semasa zaman kanak-kanak.

“Kami berharap Pesta Aiskrim Malaysia ini akan dapat merapatkan keluarga dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi kenangan mereka zaman kanak-kanak di samping mencipta kenangan yang baharu.

“Kami juga mempelawa orang ramai mempelajari tentang teknologi asas dalam produk penjagaan mulut Colgate, yang membolehkan mereka menikmati makanan Malaysia kegemaran mereka tanpa bimbang dengan masalah kesihatan mulut, termasuk gigi yang sensitif,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...