Searching...
Wednesday 16 May 2012
13:13 0

Ejen 'kunci mulut'

PERSIE dijangka akan menjadi rebutan beberapa kelab gergasi Eropah.


MANCHESTER - Manchester City dilaporkan sudah bersedia untuk mengemukakan tawaran bagi mendapatkan penyerang sensasi Arsenal, Robin van Persie.
Bagaimanapun, juara Liga Perdana England itu perlu menunggu keputusan perbincangan antara Persie dan pengurus skuad The Gunners, Arsene Wenger yang dijadualkan hari ini.
Penyerang Belanda berusia 28 tahun itu memasuki tahun terakhir kontraknya yang berjumlah £80,000 (RM396,000) seminggu dan City bersedia untuk mengemukakan tawaran awal sebanyak £20 juta (RM99 juta).
Spekulasi mengenai perpindahan Persie semakin hangat selepas ejennya, Kees Vos dilihat berada di Stadium Etihad baru-baru ini.
"Kami menganggap perbincangan itu seba- gai rahsia.
"Saya menyaksikan banyak perlawanan Liga Perdana England musim ini, termasuk kunjungan ke City.
"Saya menyaksikan ramai pemain. Kehidu- pan saya tidak bergantung kepada Persie sahaja," kata Vos.
Arsenal dijangka akan memujuk Persie untuk menandatangani kontrak baharu selama empat tahun yang dianggarkan berjumlah £130,000 seminggu (RM644,228).
Skuad The Gunners juga akan meminta bayaran berjumlah £5 juta (RM24.7 juta) dalam usaha menghalang seorang lagi pemain berpindah ke Stadium Etihad selepas Emannuel Adebayor, Kolo Toure, Gael Clichy dan Sami Nasri.
City dijangka tidak akan berdiam diri, terutamanya selepas kejayaan menamatkan kemarau selama 44 tahun untuk menjuarai gelaran Liga Perdana England, Ahad lalu.
Selain Persie, City juga dijangka akan mendapatkan pemain tengah Lille, Eden Hazard.
Persie menikmati musim 2011/12 yang cemerlang bersama Arsenal selepas menjaringkan 37 gol dalam semua perlawanan dan dipilih sebagai Pemain Terbaik musim ini. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...