Searching...
Wednesday 16 May 2012
12:53 0

Tiga ujian penting


SAFEE dipanggil menjalani latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin depan.



SKUAD kebangsaan berpeluang memperbaiki ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila bakal mengharungi tiga perlawa- nan persahabatan kelas A bulan depan.
Minggu lepas, skuad Hari- mau Malaya itu melonjak tiga anak tangga dan menghuni tangga ke-153 dunia selepas terperosok ke tangga ke-156 dunia awal tahun ini.
Justeru, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal pastinya tidak memandang mudah tiga perlawanan tersebut bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking dunia.
Bagi perlawanan pertama, skuad kebangsaan bakal melayan kunjungan Filipina di Stadium Shah Alam pada 1 Jun depan.
Mereka kemudiannya akan berkunjung ke Stadium Jalan Besar berdepan Singapura pada 8 Jun sebelum kembali menghadapi pasukan yang sama di Stadium Shah Alam empat hari kemudian.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan perlu melaporkan diri di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam pukul 3 petang Isnin depan.
"FAM telah mengatur jadual latihan untuk skuad kebangsaan sebagai persiapan untuk perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan datang," menurut kenyataan FAM.
Dalam senarai 26 pemain, tiada kejutan ketara dilakukan Rajagobal apabila beliau menyenaraikan beberapa muka lama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.
Tiga tonggak Harimau Muda iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor, Mahalli Jasuli dan Mohd. Fadhli Mohd. Shas juga mendapat kepercayaan Rajagobal.
Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amiridzwan Taj Tajudin dan pemain T-Team, Mohd. Faiz Subri turut dipanggil menjalani latihan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...