Searching...
Wednesday 16 May 2012
13:16 0

Ferguson tak gentar


FERGUSON (kiri) dan Mancini dijangka akan bersaing hebat dalam urusan pembelian pemain baharu Ogos depan.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson tidak bimbang untuk bersaing dengan Manchester City dalam urusan pembelian pemain baharu, Ogos depan.
Ferguson menyuarakan keyakinan itu meskipun skuad The Red Devils terpaksa akur dengan dengan kejayaan City merangkul gelaran juara Liga Perdana England, Ahad lalu.
City melakar kejayaan itu selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Queens Park Rangers (QPR) pada aksi terakhir liga musim ini di Stadium Etihad.
Meskipun berkongsi 89 mata, City dinobatkan selaku juara selepas memiliki kelebihan empat gol ketika United hanya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland.
Bagaimanapun, Ferguson menegaskan bahawa kekalahan kepada City tidak akan mendorong beliau mengubah polisi yang telah digunakan sejak sekian lama dalam urusan pembelian pemain.
Katanya, United tetap akan membuat pelaburan bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain muda biarpun City dilihat lebih gemar mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membawa masuk pemain bertaraf bintang.
"Kami (United) tahu City akan membelanjakan dana yang besar bagi mendapat pemain baharu dan membayar gaji mereka dengan jumlah yang tidak masuk akal.
"Perkara itu pasti akan berlaku dan kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.
"Kami bukan seperti kelab lain yang lebih berminat untuk berbelanja besar bagi mendapatkan pemain bertaraf bintang.
"Kami akan melabur ke atas pemain-pemain muda berbakat yang akan beraksi bersama pasukan bagi tempoh lama dan mampu membentuk watak mereka sendiri.
"Kami telah melakukannya sejak sekian lama dan ia mendatangkan hasil yang positif. Jadi, kami akan meneruskan dengan cara itu," kata Ferguson.
Ketika ini, Ferguson sedang mengintai kelibat dua bintang muda Borussia Dortmund, Shinji Kagawa dan Robert Lewandowski bagi dibawa masuk ke Old Trafford musim depan. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...