Searching...
Monday 14 May 2012
01:39 0

Aplikasi Kisah Nabi Untuk Android Melangkaui 85,000 Muat-Turun Dalam Kurang Sebulan




Bagi para pembaca yang beragama Islam, mungkin anda pernah mencuba aplikasi Kisah Nabi yang dilancarkan untuk Android pada pertengahan 15 April yang lepas. Menariknya, ia boleh dikatakan sebagai antara aplikasi berjaya yang dibangunkan pembangun tempatan, kini telah melangkaui lebih 85,000 muat-turun dalam jangka masa kurang sebulan.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya dioptimasikan untuk para pengguna Android 2.2 dan juga Android 2.3, dan kemaskini untuk Android 3.0 dan juga Ice Cream Sandwich dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Melalui aplikasi Kisah Nabi, ia menawarkan kandungan dan kisah-kisah berkaitan nabi, yang mana dikemaskini setiap hari Jumaat, sekaligus menjadikan ramai yang aktif menggunakannya, dan menantikan kemaskini artikel padanya setiap hari Jumaat. Mengikut kata pembangun, secara purata, tiga kisah dikumpulkan daripada arena web dan dikongsikan setiap hari Jumaat, dan disertakan dengan pautan kepada sumbernya pada penghujung artikel.

Dengan angka muat-turun yang tinggi, mungkin kita akan dapat melihat ia melangkaui angka 100,000 muat-turun dalam jangka masa hanya beberapa minggu sahaja lagi. Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada  Google Play Store  hari ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...