Searching...
Monday 14 May 2012
01:44 0

Selepas Angry Birds, VLC Media Player Melangkaui 1 Billion Muat-Turun




Jikalau dilihat daripada penyedia pemain media pada komputer yang kami minat adalah VLC Media Player sama ada pada Linux, Windows mahupun pada Mac. Dan hari ini, kini pihak pembangunnya mengumumkan yang mana mereka telah melangkaui lebih daripada 1 billion muat-turun untuk pemain media mereka.

Namun, menurut pembangunnya, VideoLan, angka tersebut mungkin tidak begitu tepat, dan mungkin terdapat beberapa kelainan daripada data sebenar. Pada masa yang sama, mereka juga tidak mengambil data daripada pengguna Linux.

Daripada data yang diperlihatkan, sebanyak hampir 900 juta pemasangan hadir daripada sistem operasi Windows, dan sebanyak 100 juta daripada pengguna Mac. Bagi mereka yang berminat untuk melihat data berkenaan muat-turun dengan lebih mendalam, mungkin boleh menyemak  laman rasmi mereka, dan jangan lupa untuk   memuat-turun  dan menyokong pemain media sumber terbuka popular ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...