Searching...
Monday 14 May 2012
01:32 0

Manchester City juara EPL selepas 44 tahun



MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam lebih empat dekad.


Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.

Dalam perlawanan dramatik, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan.

Gol pertama Manchester City dijaringkan oleh Pablo Zabaleta.

Pengadil memperuntukkan waktu kecederaan tujuh minit. Edin Dzeko dan Sergio Aguero menjaringkan gol pada waktu kecederaan.

Ia juga dilihat sebagai kemenangan dramatik ketika pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) bersiap sedia untuk meraikan gelaran buat kali ke-20 selepas ia menewaskan Sunderland 1-0.

Bagaimanapun impian itu berkecai ekoran kebangkitan Manchester City pada waktu kecederaan.

Keputusan kesemua perlawanan hari ini: 

Man City 3 - 2 QPR
Sunderland 0 - 1 Man Utd
Chelsea 2 - 1 Blackburn
Everton 3 - 1 Newcastle
Norwich 2 - 0 Aston Villa
Stoke 2 - 2 Bolton
Swansea 1 - 0 Liverpool
Tottenham 2 - 0 Fulham
West Brom 2 - 3 Arsenal
Wigan 3-2 Wolves

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...