Searching...
Tuesday 24 April 2012
12:17 0

Sama Tapi Tak Serupa



Penulis kongsikan dua gambar bintang popular dari dua negara. Ziana Zain si mama 'hot' Malaysia dan bintang Hollywood, Angelina Jolie.

Lihat dua gambar ini yang mana busana 'dress' yang digayakan hampir serupa dari segi rekaannya seperti bunga ros dibahagian kiri bahu mereka.

'Dress' Ziana Zain adalah rekaan Zery Zamry ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Manakala, 'dress' rona putih Angelina Jolie adalah rekaan Ralph & Russo yang dipakai ketika majlis tayangan filem arahannya, In The Land Of Blood And Honey di Paris pada Februari lepas.

Mungkin Zery ada pendapatnya tersendiri ketika menghasilkan rekaan baju ini. Apapun tahniah buatnya kerana Ziana Zain tampak menyerlah dan anggun pada malam tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...