Searching...
Tuesday 24 April 2012
12:13 0

Heidi Klum tolak pembedahan plastik


Kurang dua tahun lagi, supermodel terkenal, Heidi Klum bakal mencecah usia 40 tahun iaitu angka yang amat digeruni kaum wanita.

Bagaimanapun, bekas isteri Seal ini langsung tidak gentar dengan pertambahan usia, sebaliknya berbangga dengan kecantikan asli dimilikinya.

Bagi ibu kepada empat anak ini, dia juga tidak akan sesekali melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik.

“Pembedahan plastik bukanlah satu-satunya penyelesaian untuk menjadi cantik terutamanya bagi gadis remaja.

“Apa yang saya miliki sekarang adalah satu anugerah dan saya tidak akan sesekali mengubahnya walaupun usia saya sudah mencecah 65 tahun,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...