Searching...
Sunday 22 April 2012
22:24 0

Kerajaan Pastikan Penerima e-Kasih Dapat BR1M



IPOH – Kerajaan sedang melakukan semakan ke atas senarai penerima e-Kasih bagi mengenal pasti golongan itu yang masih belum menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, semakan itu dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Kita sedang menyemak senarai penerima e-Kasih yang masih belum menerima BR1M bagi membolehkan mereka mendapat bantuan ini.

“Semakan perlu dilakukan kerana terdapat penerima e-Kasih yang turut membuat permohonan mendapatkan BR1M sedangkan mereka sebenarnya layak secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Pusat Bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun di Taman Meru 1B di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, seramai 4,327,818 pemohon termasuk 282,605 yang membuat rayuan telah menerima bantuan itu sehingga 17 April lalu.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan orang ramai yang yang permohonan ditolak segera membuat rayuan sebelum tempoh rayuan tamat pada 30 April ini.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...