Searching...
Tuesday 24 April 2012
11:23 0

Rita Dedah Aidil Beri RM1,500 Untuk 3 Bulan


KUALA LUMPUR – Pelakon wanita tanahair, Rita Rudaini mendedahkan bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, hanya memberikan wang sebanyak RM1,500 kepadanya selepas tiga bulan keluar dari rumah meninggalkannya dan anak-anak.

Rita berkata, dia banyak berkorban menyara kehidupan anak-anaknya selama ini dan akan menuntut nafkah berjumlah ratusan ribu dari Aidil Zafuan bermula dari sejak diijabkabulkan empat tahun lalu.

“Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.

“Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.

Bagaimanapun, Rita menafikan bahawa tuntutannya itu membayangkan dirinya sebagai mata duitan dan hanya menuntut haknya sebagai isteri dan dua anak mereka yang bakal membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan bapa kandung mereka.

“Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan.

“Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa,” katanya lagi.

Aidil Zafuan sebelum ini telah memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Rita bakal membuat tuntutan balas terhadap pemain bola sepak negara itu pada 30 April ini.

Proses penceraian Aidil dan Rita yang bernikah di selatan Thailand itu bagaimanapun dikritik hebat oleh para peminat industri hiburan tanahair yang kasihan terhadap anak-anak pasangan selebriti itu pada masa akan datang

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...