Searching...
Tuesday 24 April 2012
11:24 0

D.J Dave Kongsi Rahsia Beristeri Muda

KUALA LUMPUR – Pada usia 69 tahun Datuk D.J. Dave bukan setakat masih hebat menyanyi di atas pentas tetapi beliau juga masih mampu memiliki seorang isteri muda, Seema Amir Amar, 38, yang telah dikahwininya sejak 10 tahun yang lalu.

Menurut Dave dia mengahwini Seema di mana ketika itu perbezaan antara umurnya dengan isterinya itu ialah 31 tahun tetapi selepas sedekad mereka tetap bahagia kerana mengamalkan pelbagai aktiviti serta pemakanan yang sihat.

“Sebenarnya saya memang sengaja tidak mahu mengheboh-hebohkan perkahwinan saya ini selepas agak lama juga saya menduda. Mungkin sudah jodoh saya berkahwin lagi pada usia emas ini dan dapat pula isteri yang usianya hampir sama dengan anak sulung saya.

“Saya bahagia dengan perkahwinan ini kerana saya masih sihat. Buat masa ini, saya tidak ada sebarang penyakit yang kronik. Ini kerana, sejak muda saya selalu bersenam dan makan makanan yang berkhasiat selain mengambil makanan tambahan seperti minyak ikan omega 3,” katanya.

Dave pada pertemuan dengan para wartawan hiburan pada majlis mengumumkan konsert terbarunya di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada 1, 2 dan 3 Jun ini turut memperkenalkan Seema Amir Amar yang hadir pada petang tersebut.

Seema yang pada mulanya disangka anak kepada penyanyi veteran itu hanya tersenyum apabila para wartawan bertanyakan tentang perkahwinannya dengan Dave yang kurang diketahui umum tetapi pada masa sama mendapat restu daripada tiga anak suaminya itu.

“Anak-anak suami saya merestui perkahwinan kami dan kami bahagia walaupun sehingga kini belum dikurniakan anak. Saya bahagia dengan perkahwinan ini dan akan sentiasa menemaninya sehingga ke akhir hayatnya,” komen Seema yang berketurunan Punjabi dan Pakistan itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...