Searching...
Tuesday 24 April 2012
11:20 0

Aneh!! Bola Mangsa Tsunami Jepun Ditemui Di Alaska


TOKYO – Mujurlah Misaki Murakami menulis namanya di atas bola sepak. Bola yang hilang ketika tsunami Jepun tahun lalu itu ditemui di pulau terpencil Alaska di seberang Lautan Pasifik.

Agensi berita Kyodo berkata, remaja berusia 16 tahun yang berasal dari daerah Rikuzentakata yang terjejas teruk akibat bencana itu, terkejut dan bersyukur kerana bola sepaknya ditemui.

Murakami menulis namanya di atas bola sepak itu.

Pegawai Pentadbiran Atmosfera dan Perairan Kebangsaan berkata, bola berkenaan adalah antara objek pertama daripada sisa tsunami Jepun selepas tragedi 11 Mac 2010.

David Baxter yang menemui bola sepak itu di Pulau Middleton, berkata isterinya yang berbangsa Jepun, Yumi, menghubungi Murakami menerusi telefon.

Pasangan itu bercadang untuk menghantar semula bola sepak itu kepada remaja terbabit tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...