Searching...
Monday 16 April 2012
23:58 0

Peranan Orang Awam Penting Kurangkan Jenayah



KUANTAN – Peranan orang awam dalam usaha mengurangkan jenayah adalah penting, kata Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff.

Menurut beliau, tanpa peranan itu di kalangan masyarakat menyebabkan polis sukar untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada mereka.

“Perkara ini terbukti apabila peranan yang dimainkan oleh orang awam telah mendorong kepada penurunan 17 peratus kadar jenayah di Kuantan.

“Peranan masyarakat juga mendorong kepada sebahagian  besar kes yang disiasat berjaya diselesaikan oleh polis,” katanya pada majlis Masyarakat Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Mohd. Jasmani seterusnya berkata, Skim Ronda Sukarela serta Rukun Tetangga antara sumbangan yang dimainkan oleh orang awam dalam membantu pihak polis.

Kata beliau, Skim Ronda Sukarela dan Rukun Tetangga mengadakan rondaan cegah jenayah telah mendorong kepada penurunan kadar jenayah di Kuantan.

Terdahulu pada majlis itu beberapa anggota Balai Polis Berserah diraikan Badan Kebajikan Kemanusiaan Beserah dan Sungai Karang Kuan tan (Bakkis) kerana menerima kenaikan pangkat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...