Searching...
Monday 16 April 2012
23:56 0

Pemandu Bas Dipukul Selepas Kemalangan



IPOH – Pemandu sebuah bas ekspres diserang sekumpulan lelaki dan wanita sejurus selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.

Kumpulan dua lelaki dan dua wanita berkenaan turut menyerang pemandu kedua bas berkenaan selain memecah cermin tingkap bas dalam kejadian pada kira-kira 7.30 petang itu.

Seramai 25 penumpang berada dalam bas ekspres yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Kuala Lumpur itu.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Mat Rejab, berkata polis telah menerima aduan daripada pemandu bas berkenaan dan siasatan sedang dijalankan membabitkan kes bergaduh dan samun.

Katanya, kumpulan berkenaan turut merampas kunci bas dan kad Touch n Go sebelum melarikan diri apabila sebuah kereta peronda polis tiba ke sebuah tempat berdekatan Plaza Tol Jelapang di sini.

Pemandu bas seorang warga Thailand berumur 50 tahun hanya cedera ringan, katanya.

Rodzi berkata bas berkenaan sebelum itu terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira dua kilometer sebelum plaza tol berkenaan.
Kenderaan MPV yang dinaiki empat penumpang itu terbabas ke dalam longkang dan seorang daripada mangsa cedera ringan, katanya.

Polis sementara itu belum dapat memastikan kaitan antara kumpulan yang menyerang bas itu dengan mangsa kemalangan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...