Searching...
Friday 20 April 2012
17:10 0

Rahim Maarof Kembali Mengubat Rindu


KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2012: Setelah hampir 20 tahun menyepi, penyanyi Rahim Maarof bakal kembali dengan sebuah persembahan yang diberi nama Rahim Maarof Gigit! yang akan berlangsung di Rum Jungle Bar & Restoran Kuala Lumpur, pada 6 Mei ini.

Rahim Maarof berkata, persembahannya kali ini bagi mengubat rindunya kepada peminat dan rakan-rakan terdekat yang setelah sekian lama bersama-sama memberi inspirasi kepada kerjayanya.

"Sebenarnya perancangan untuk mengadakan persembahan ini sudah lama iaitu kira-kira dua tahun lalu. Tetapi baru sekarang diizinkan Tuhan.

"Saya rindu untuk bersama-sama peminat seperti kali terakhir saya mengadakan persembahan di kelab malam pada 20 tahun yang lalu.

"Malah, kemunculan saya ini sebagai salah satu cara untuk saya mengimbau kenangan dulu," katanya ketika sidang media bagi persembahan Rahim Maarof Gigit! di Rum Jungle Bar, baru-baru ini.

Walaubagainamanpun persembahan yang akan bermula pada jam 10 malam itu tidak akan menampilkan Rahim Maarof seorang sahaja, sebaliknya akan diiringi pemuzik daripada Havoq Studio yang diketuai oleh Man Greng daripada kumpulan Gersang.

Menyentuh mengenai persiapan mereka, Rahim memberitahu dia akan mengadakan latihan dan latihan yang kerap bagi menghasilkan persembahan yang memuaskan.

"Saya pun sudah lama tidak mengadakan persembahan sebesar ini. Jadi kami akan berlatih hampir setiap hari bersama-sama untuk mendapatkan persembahan yang memuaskan," tambahnya.

Menyasarkan 700 orang penonton, persembahan yang akan berlangsung selama dua jam itu akan dipersembahkan dengan 15 buah lagu daripada Rahim seperti Istana Menanti, Usang, Shakila termasuk single terbarunya.

Dalam perkembangan lain, Rahim merancang untuk mengadakan persembahan di beberapa lokasi di seluruh negara seperti Pulau Pinang, Johor, Kuantan dan Sabah sebagai susulan konsert mini itu di Kuala Lumpur.

Bayaran untuk menyaksikan persembahan eksklusif Rahim dikenakan sebanyak RM53 (pra-jualan) dan RM63 termasuk satu minuman percuma.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ilassotickets.com atau boleh menghubungi 03-7957 6088 untuk keterangan lanjut. - murai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...