Searching...
Tuesday 10 April 2012
20:32 0

Netanyahu: Saya Akan Terus Sokong Penempatan Yahudi di Tebing Barat

Selasa , 10-04-2012 - PM Israel Benyamin Netanyahu menyatakan bahawa akan terus memberikan sokongan untuk pembangunan penempatan Yahudi di Tebing Barat secara umum dan di kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, secara khusus.

Netanyahu mengatakan bahawa beliau telah menyetujui tindakan pengosongan di Hebron milik warga Palestin dan dikuasai oleh pendatang Zionis dengan kekerasan, setelah Menteri Pertahanan Ehud Barrak menegaskan bahawa dari segi operasional harus dikosongkan bangunan-bangunan tersebut.

Beliau menambah, “Apabila dari segi undang-undang memungkikan bagi penduduk Yahudi masuk bangunan tersebut, maka mereka harus diizinkan untuk itu.” Hal tersebut disampaikan Netanyahu setelah pasukan penjajah Zionis Israel, Rabu (4/4) petang, semalam, menutup semua pintu bangunan setelah penduduk Yahudi mengosongkan di hari sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...