Searching...
Tuesday 10 April 2012
20:34 0

Pasukan Keselamatan PA tahan Saleh di Tebing Barat

Selasa , 10-04-2012 - Pasukan Keselamatan PA telah menahan Sheikh Ibrahim Saleh Hantouli, bekas Datuk Bandar Silat al-Dhahr dan anggota yang dipilih dalam Dewan Undangan Negeri serta Imam di masjid bandar Al-Raiis, selepas dipanggil untuk disoalsiasat pagi ini di Jenin.

Sheikh Saleh telah dipanggil pada petang Selasa oleh Pasukan Keselamatan di Jenin dan beliau pergi ke sana pagi Rabu, di mana beliau telah ditangkap dan tidak pulang ke rumahnya. Sheikh Saleh Hantouli telah ditahan beberapa kali oleh pasukan keselamatan PA dan tentera Zionis.

Sheikh Saleh, 45, adalah salah seorang tokoh terkemuka Silat al-Dhahr dan Imam masjid di bandar ini. Beliau telah menang sejumlah besar undi dalam pilihan raya tempatan yang telah diadakan di Silat al-Dhahr pada tahun 2005.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...