Searching...
Tuesday 10 April 2012
20:21 0

Netanyahu beri lampu hijau untuk penempatan haram yang baru di Tebing Barat

Selasa , 10-04-2012 - Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri kerajaan rejim Zionis telah membuat pengumuman pada Rabu lalu bahawa beliau berhasrat untuk meneruskan 3 projek pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sambil mencari penyelesaian kepada projek ke-4, katanya dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

“Saya berhasrat dalam masa terdekat ini untuk membentangkan cadangan yang dikemukan oleh Menteri Pertahanan, Ehud Barak, untuk memberi lesen sah kepada penempatan (haram) Brochan, Sansana dan Rihalim di Tebing Barat,” kata Netanyahu. Perdana Menteri itu juga meminta Peguam Negara mencari penyelesaian kepada kawasan kejiranan Albana bagi mengelakkannya dimusnahkan. Ini adalah projek ke-4 yang dibina di Ramallah, kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...