Searching...
Monday 23 April 2012
11:40 0

Menangi Wang Tunai Bersama 'Ballad Kings'



Micheal Learns To Rock (MLTR) dan Air Supply adalah dua kumpulan muzik yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka dikenali kerana membawakan lagu-lagu yang mampu mengusik perasaan pendengar. Lagu-lagu seperti That’s Why (You Go Away), 25 Minutes, Sleeping Child dan The Actor telah meletakkan MLTR antara pemuzik yang disegani.

Begitu juga dengan Air Supply yang tidak kurang hebatnya dengan lagu seperti All Out Of Love, Lost In Love, Making Love Out Of Nothing At All dan Even The Nights Are Better yang tetap diingati sehingga ke hari ini.

Dalam meraikan kegemilangan dua kumpulan ini, Warner Music Malaysia telah melancarkan sebuah album kompilasi lagu-lagu balada nyanyian mereka di dalam sebuah album berkembar berjudul 'Ballad Kings - 35 Heart Melting Ballads Of All Time'.

Sejajar dengan pelancaran album ini juga, Warner Music Malaysia telah menganjurkan pertandingan karaoke menyanyikan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini. Pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3000, RM2000 , RM1000 dan pelbagai hadiah menarik lain.

Pusingan awal telah pun berlangsung sejak 14 April lalu sehingga 5 Mei dan seterusnya pertandingan akhir akan diadakan pada 6 Mei depan.

Empat lokasi telah dipilih untuk peringkat awal iaitu Green Box Seremban 2 pada 14 April, Red Box 1st Avenue, Penang pada 21 April, Green Box Bukit Tinggi,Klang pada 28 April dan Red Box Ria, Sogo pada 5 Mei. Peringkat akhir pula akan berlangsung di Sense Café & Red Box IOI Mall, Puchong pada 6 Mei akan datang.

Syarat untuk menyertai pertandingan ini sangat mudah di mana peserta hanya perlu membeli CD album ini yang berharga RM44.90, DVD (RM29.90) atau VCD (RM23.90) dan mengisi butir-butir peribadi dalam borang yang disediakan di setiap lokasi pertandingan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...