Searching...
Monday 23 April 2012
11:37 0

Diana Amir Penghias 'Cover' Sulung HIJABISTA



Pelakon cantik, Diana Amir telah dipilih menjadi penghias muka depan edisi pengenalan majalah terbaru keluaran Karangkraf, 'Hijabista' iaitu majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab.

"Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini, kata Editornya, Nursuziana Zulkifli.

Edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama pada bulan Julai ini.

Selari dengan konsep yang ingin diketengahkan oleh majalah ini, pemilihan Diana Amir dilihat begitu sesuai dengan imej yang dibawanya. Selain mengetahui kisah menarik selebriti ini, pembaca juga bakal dihidangkan dengan pelbagai isu, tips dan fesyen yang tentunya berbeza daripada majalah-majalah lain di pasaran.

Jangan lupa dapatkan 'Hijabista' di pasaran!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...