Searching...
Thursday 12 April 2012
00:55 1

Identiti Isteri Kedua Sham Kamikaze Terbongkar !


PERTENGAHAN Januari 2012, kecoh juga dunia hiburan dengan kisah yang mengatakan pemuzik & kini pendakwah sudah beristeri dua.

Sham Kamikaze pantas tampil & menafikan dakwaan itu selain berasa kecewa kerana dengan apa yang beliau lakukan sekarang, ada juga gossip yang melanda.

Menurut sumber yang dipetik, identiti isteri kedua Sham Kamikaze telah lama dikenalpasti & wanita itu bernama Nurul Halimin Md Salleh yang berusia 32 tahun — mereka sah bernikah 16 Januari yang lalu.

Nurul Halimin atau lebih mesra dipanggil Min ini merupakan kakak kepada penyanyi Maulana dari Akademi Fantasia 8 (AF8) dan wanita yang didakwa janda anak satu ini merupakan seorang yang aktif di Twitter.

Menurut sumber media lagi, pernikahan Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin masih belum diketahui oleh isteri pertama dan keluarga Sham Kamikaze sendiri.

Jika identiti isteri kedua Sham Kamikaze ini benar seperti didakwa — menjadi satu persoalan kepada lelaki ini masih mahu merahsiakan perkahwinan kedua beliau sedangkan ianya suatu perkara yang baik?

sumber : ROTIKAYA

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...