Searching...
Thursday 12 April 2012
01:25 0

Doktor Pelatih Mati Dalam Tandas Hospital

SEORANG doktor pelatih menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila mayatnya dijumpai terbaring dan pucat dalam tandas Wad Pediatrik, Hospital Kajang, Selangor semalam. Bedah siasat mendapati, Lee Chang Tat,29, mati akibat dos berlebihan yang disuntik sendiri menggunakan sebatang picagari. Picagari itu ditemui di sisi mayatnya di dalam tandas berkenaan.

Mayat Chang Tat ditemui pada pukul 7 pagi oleh rakan setugasnya selepas memecahkan pintu tandas. Setakat semalam, polis masih belum pasti motif mangsa bertindak menyuntik cecair itu ke dalam badannya tetapi kemungkinan ia dilakukan akibat keletihan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...